-Selamat Datang- Foon Ying- Enna Vishayam- Welcome-

>> Wednesday, March 3, 2010

May day, May day!

Pada minggu hadapan, ujian rasmi satu akan dijalankan pada:

Tarikh: 9, 10 dan 11 Mac 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang

Jadual telahpun diedarkan dan ditampal di setiap kelas...

Para guru telahpun menyediakan kertas soalan untuk pelajar...

Pelajar telah bersedia dengan jawapan yang betul dalam ingatan...

To all: GOOD LUCK and ALL THE BEST! :)

Read more...

>> Wednesday, February 24, 2010

-Demonstrasi Silat-

Pada jam 7.40 pagi hingga 9.00 pagi tadi telah berlangsung Majlis Penerangan dan Demonstrasi Silat di SMK Bidor. Ahli Silat Cekak Hanafi telah berjaya menarik perhatian semua dengan pertunjukan yang tangkas seperti dalam drama "Pendekar Kundur" yang pernah popular satu masa dahulu...

Apa yang penting potensi pelajar dapat diserlahkan dan seni mempertahankan diri merupakan aset yang boleh digunakan dan dimanfaatkan sebaiknya. Seperti kata En. Khusaini, silat merupakan senjata yang boleh dibawa kemana-mana dan tidak memerlukan lesen seperti pistol ataupun pisau. Sekurang-kurangnya ilmu ini boleh menjadi perlindungan diri...

Mungkin selepas ini ada ibu bapa yang mempunyai kemahiran seperti taekwando, kung fu atau silambam dapat menganjurkan demonstrasi seperti ini? Kita tunggu dan lihat :)




Read more...

>> Monday, February 22, 2010

Teachers as Intellectual Leaders in School and Community (Guru Sebagai Pemimpin di Sekolah dan Komuniti )




Selaras dengan pembangunan komuniti yang harmoni antara masyarakat dan sekolah, Persatuan Pelajar Siswazah, UPSI dengan kerjasama PPD Batang Padang telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kursus Pembangunan Komuniti. Fasa pertama telah berjaya dilaksanakan:

Tarikh : 5 dan 6 Febuari 2010
Tempat: Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI

Perasmian Penutupan oleh Dato' Zulkifly bin Mohd Wazir, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian pelajaran Malaysia

Lanjutan daripada Program Pembangunan Komuniti ini, Fasa kedua telah dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 23 Febuari 2010
Tempat: Pusat Kegiatan Guru, Tapah Road
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Semoga usaha membina komuniti yang murni dan harmoni akan dapat dicapai....

Read more...

Pengenalan ( Introduction)




- Selamat Datang- Foon Ying- Enna Vishayam- Welcome -



Komuniti Yang Baik (Good Community)

Kita semua mempunyai kriteria ataupun ciri-ciri komuniti yang diidamkan. Dari segi kemudahan yang tersedia seperti jalanraya, kedudukan yang strategik, suasana yang tenang namun yang paling utama adalah hubungan dalam masyarakat untuk membentuk komuniti yang ideal...

Justeru, you and me (all of us), awak dan saya (kita semua) perlu bekerja bersama-sama untuk membentuk komuniti yang kita idamkan:)



- Senarai AJK PIBG SMK BIDOR -





Y. DIPERTUA : En Baharuddin b. Hamzah
N.Y. DIPERTUA : En. Mohamad Saad b. Musinif
Setiausaha : En. Ismail b. Mohamad
Bendahari : Pn. Norahasikin bt Nazir
AJK Ibu Bapa : Pn. Arukiamah A/P Vallaigann
AJK Ibu Bapa : Pn. Khatijah bt Hj Yahya
AJK Ibu Bapa : En. Ramli b. Haris
AJK Ibu Bapa : Pn. Mariam Zanariah bt Md Yusoff
AJK Guru : Pn. Suhaina Risal bt Mohd Kahiri
AJK Guru : En. Hisperan A/L Govithhsamy
AJK Guru : En. Mohd Faquan b. Khalid
AJK Guru : Cik Ng Shao Jiun
Pem. Kira-Kira : Pn. Ruziah bt Abduri
Pem. Kira-Kira : Pn. Rossaini bt Asim

Read more...